Write For Us

PRK KKB: Umat Islam wajib keluar mengundi - Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengingatkan orang Islam supaya mengambil bahagian dalam politik serta keluar mengundi adalah wajib.

Hadi berkata demikian ketika menegur sikap segelintir umat Islam yang dilihat masih meremehkan kewajipan mengundi, termasuk tidak mengambil peduli mengenai golongan yang menerajui pentadbiran.

Hadi berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana PN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Bandar Utama, Batang Kali di sini malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam pentas yang sama turut bersetuju dengan kenyataan Hadi bahawa wajib untuk pengundi Melayu keluar mengundi pada 11 Mei ini dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Sumber video : https://www.facebook.com/perikatann/videos/405718832357826
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment