Write For Us

PRK Nenggiri: 'Mohd Azizi khianat selepas jadi insan paling bertuah' - Takiyuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, didakwa mengkhianati parti, mandat serta titik peluh rakyat selepas diberi peluang oleh Bersatu untuk bertanding pada pilihan raya yang lalu.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan ucapan pada ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia semasa melancarkan jentera pilihan raya gabungan itu di pejabat PAS Limau Kasturi di Gua Musang semalam.

Beliau berkata ia setelah Mohd Azizi menjadi individu disifatkan 'paling bertuah' sebagai satu-satunya calon dibuka ruang oleh Bersatu untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Sumber video: https://www.facebook.com/paspusat/videos/1918477785323053
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment