Write For Us

PRK Slim: 'Alhamdulillah, calon Pejuang dapat persetujuan PH'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Presiden parti Pejuang, Mukhriz Mahathir menyatakan penghargaan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana menyokong calon Bebas dari Pejuang sebagai calon yang akan bertanding di PRK Slim nanti.

"Alhamdulillah telah mendapat persetujuan dari pihak Pakatan Harapan kerana seeloknya kita tidak mahu berlaku pertindihan atau peletakkan calon yang akan memecahkan undi."

Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan calon parti tersebut bagi PRK Slim di Perak, malam semalam.

Majlis pengumuman calon PRK malam tadi turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Tanjung Malim Chan Lih Kang, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir, Ahli Dewan Negara Marzuki Yahya dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh.

Bekas pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga kelihatan pada majlis ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment