Pilihan raya kecil kawasan DUN Tanjong Datu, Sarawak akan diadakan 18 Feb ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya (PRK) itu pada 4 Feb, manakala pengundian awal pada 12 Feb.
PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem,akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.
Jazolkipli hanya meraih 468 undi manakala Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.
Mohd Hashim pada sidang media berhubung PRK itu berkata kawasan DUN Tanjong Datu mempunyai 9,959 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (9,771) dan pengundi awal (188).

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment