Write For Us

Program “MyMerdeka” pupuk semangat patriotik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Program “MyMerdeka” bersempena bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada rakyat di negara ini.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohid Mohamed berkata penganjuran program ini juga dapat membuatkan rakyat kembali mengenang sejarah tanah air.
“Kesedaran perlu dipupuk dari awal kerana pemikiran yang cetek dan dangkal boleh menyebabkan berlakunya pecah belah dan salah faham.
“Ini membawa kepada tindakan menghina negara, pemimpin serta sistem demokrasi itu sendiri, justeru memahami dahulu erti kedaulatan dan peri pentingnya nilai jati diri,” kata Mohid dalam ucapannya di ketika merasmikan program “MyMerdeka” di Pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya.
Antara program yang berlangsung dalam program ini adalah pameran, kuiz merdeka, tayangan dokumentari, kuiz kenegaraan, swafoto bertemakan kemerdekaan, pertandingan mewarna kanak-kanak dan persembahan artis.
“MyMerdeka” merupakan program jelajah anjuran JPN bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa yang bertujuan menyampaikan informasi kenegaraan dalam bentuk hiburan bermaklumat sempena sambutan bulan kebangsaan bersama rakan strategik Mydin.
Menurut Mohid, program yang dianjurkan ini sesuai disertai semua peringkat umur dan permainan yang ditawarkan sesua
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment