Write For Us

Program MySTEP tawar 50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan GLC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Seterusnya, Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih RM700 juta. Inisiatif ini akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2021.

Di bawah inisiatif ini, 35 ribu peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti jururawat, medical attendant, pegawai kebajikan masyarakat, serta guru sementara. Manakala syarikat GLC pula akan menyediakan
15 ribu peluang pekerjaan yang mengutamakan bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment