Write For Us

Projek RTS terganggu, tanah pusat dimiliki Sultan Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Sebidang tanah di Bukit Chagar, yang sepatutnya milik kerajaan persekutuan telah ditukar milik ke atas nama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tanah tersebut merupakan salah satu daripada lima bidang tanah di Bukit Chagar yang diberikan kepada Putrajaya oleh kerajaan negeri pada 2012 sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tanah untuk membina kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Johor Bahru.
Namun, ia masih samar bila dan bagaimana sultan memiliki tanah tersebut, tetapi sumber percaya geran tanah untuk 4.5 hektar ditukar semasa pentadbiran kerajaan BN antara 2017 hingga 2018.
Sumber juga memberitahu Malaysiakini, Putrajaya kini perlu menyediakan RM495 juta sebagai pampasan untuk mengambil balik tanah tersebut, sedangkan pada asalnya ia sepatutnya dimiliki olehnya.
"Jadi, masalah sekarang adalah kos.
"Tanah tersebut sepatutnya milik kerajaan persekutuan, tetapi sekarang ia memerlukan kos tambahan untuk diuruskan," kata seorang dengan syarat tidak mahu mendedahkan namanya.
Malaysiakini kini sedang cuba mendapatkan penjelasan istana Johor berkaitan dakwaan itu.
Sementara itu, bekas menteri besar Johor, Khaled Nordin memberitahu Malaysiakini, persoalan berkaitan perlu ditujukan kepada Pejabat Tanah dan Galian.
Tanah dimaksudkan kini digunakan sebagai tempat parkir awam.
Selain tanah di Bukit Chagar, sumber berkata bahawa Putrajaya kemungkinan perlu mengambil sebidang tanah bawah dasar laut di Selat Johor yang bernilai lebih kurang RM198 juta daripada sultan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment