Write For Us

[promo] Saloma Di Astro First Eksklusif

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
227 Views
Published
Zaman kanak-kanak yang berliku dalam keluarga yang berpecah, membuka peluang nyanyian untuk Saloma bersama Orkes Fajar Murni.

Karier Salmah akhirnya meluncur tapi bukan sebagai penyanyi seperti yang diimpikan tetapi sebagai pelakon di Nusantara Filem.A.R. Tompel bertemu Salmah dan terpikat, Salmah terumbang ambing dalam tirai perkahwinan yang tidak bahagia yang berakhir dengan perceraian dengan Tompel.

P.Ramlee hadir kemudiannya dalam hidup Salmah yang kini popular dengan nama Saloma. Pada saat kemashyuran kedua-dua bintang ternama ini,Studio Jalan Ampas menghadapi krisis dan mogok dari persatuan pekerja filem.P.Ramlee dan Saloma akhirnya berpindah ke Malaysia.Zaman kemorosotan P.Ramlee bermula pada akhir 60an dan akhirnya dengan penuh kedukaan bintang terbesar Malaya itu meninggal dunia secara mengejut.

Saloma menjadi murung dan terpencil sejak kehilangan P.Ramlee.Kemurungan yang membawa pada sakit yang mengancam jiwanya.Dia pendam rahsia penyakit yang dihidapinya dan bertarung nyawa hingga maut datang juga akhirnya.

Teruskan menonton #Saloma di saluran Astro First Eksklusif sekarang. Sila ke saluran 480 untuk melanggan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment