Write For Us

Proses penyahgazetan akan berlaku, beri laluan pada ECRL - MB Selangor

Loading...
Google Rank
28 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mempertahankan cadangan kerajaan negeri memansuhkan status Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) dengan mengatakan hutan itu akan digantikan dengan kawasan hutan lain yang hampir sama.
Ini bagi memastikan Selangor terus mempunyai 30 peratus atau lebih kawasan tanahnya yang ditetapkan sebagai hutan simpan.
Amirudin menambah pemansuhan status hutan simpan itu akan memberi manfaat kepada projek Laluan Pantai Timur (ECRL) memandangkan landasan keretapi itu akan dibina melalui kawasan berkenaan.
"Proses penyahgazetan ini juga untuk memberikan laluan kepada ECRL yang saya kira merupakan suntikan kekuatan ekonomi baru yang bakal menggerakkan beberapa industri khususnya di Pantai Timur dan negeri Selangor yang turut menjadi laluan kepada ECRL," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment