Write For Us

Proton lancar Saga 2019 harga dari RM32,800 seunit

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Proton melancarkan Saga 2019 yang ditawarkan pada harga antara RM32,800 hingga RM39,800 seunit.
Versi terbaharu model ikonik dan terlaris Proton itu dilengkapi dengan gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama di dalam kelasnya yang bukan saja membezakannya daripada pesaing, tetapi turut meningkatkan nilainya.
Ditawarkan dengan tiga varian iaitu Saga Standard MT, Standard AT dan Premium AT, ia masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM32,800; RM35,800 dan RM39,800.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, berkata syarikat mengenal pasti cadangan penjualan unik (USP), yang apabila digabungkan menghasilkan slogan Pilihan Yang Pintar atau ‘An Intelligent Proposition’.
Saga 2019 diberikan rekaan terkini, namun masih mengekalkan identitinya dan pada masa yang sama meletakkannya ke barisan model Proton yang lain.
Pada bahagian luar, Saga 2019 dipasangkan dengan bampar hadapan baharu dan lebih agresif bersepadu dengan lampu nyalaan siang dengan bahagian gril turut mempunyai corak ‘infinite weave’ yang mula diperkenalkan melalui model Proton X70 serta Iriz dan Persona 2019.
Bampar belakang yang sama menonjol sepadan dengan bahagian hadapan dan rekaan di belakang dilengkapi dengan spoiler belakang bersepadu baharu dan nama PROTON terletak pada bahagian penutup but.
Satu set roda aloi bersaiz 15 inci yang menampilkan rekaan baharu menyerikan lagi sentuhan akhir pada varian premium.
Menjengah ke bahagian dalaman pula, perubahan paling ketara dilakukan adalah pada skrin sesentuh tujuh-inci terapung yang digunakan untuk mengawal sistem infotainmen, selain kemudahan ini mempunyai sambungan Bluetooth, kapasiti penyimpanan dalaman 16GB dan sambungan telefon pintar untuk Android.
Kemudahan lain yang turut disediakan dalam Saga 2019 termasuk kunci pembuka but, pelindung matahari dengan pemegang kad dan cermin, lampu peta LED dan pemegang genggaman baharu untuk disepadankan dengan bahan yang digunakan di bahagian dalaman kereta.
Secara mekanikal, perubahan yang paling besar adalah transmisi automatik empat kelajuan baharu menggantikan CVT yang digunakan sebelum ini.
Terdapat tiga pakej Nilai Tambahan standard yang bermula dengan pakej servis yang menawarkan kos pekerja percuma sebanyak tiga kali atau selama satu tahun.
Seterusnya adalah pakej kadar faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.98 peratus setahun dan pakej insurans yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan yang menginsuranskan pembelian baharu mereka dengan panel PROTON.
Pakej Nilai Tambahan itu apabila digabungkan menyaksikan Saga 2019 Premium AT 1.3L memberi penjimatan sebanyak RM3,747 berbanding model sebelum ini, manakala varian Standard AT 1.3L jimat RM2,043, dan Standard MT 1.3L jimat RM2,291.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment