Write For Us

PRU14 November ini, bayang Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Ketika Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membayangkan Pakatan Harapan akan mula menduduki Putrajaya pada November ini.
Kata timbalan presiden PKR itu buat masa ini beliau tidak boleh bercakap mengenai dasar kerajaan pusat kerana ia masih dikuasai BN.
"Pada petang ini saya tak boleh (bercakap) wakili kerajaan persekutuan.
"Mungkin insya-Allah bulan November nanti saya boleh.
"Pada November saya boleh mewakili Putrajaya untuk menangani semua kebimbangan anda," katanya semasa menghadiri sesi dialog Hari Malaysia di Muzim Shah Alam, Selangor hari ini.
Dianggakan kira-kira 300 orang menghadiri majlis berkenaan.
PKR bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membentuk Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai persediaan mereka menghadapi BN dengan lebih kuat.
Tidak seperti kebanyakan negara yang mengumumkan tarikh pilihan raya jauh lebih awal, kerajaan persekutuan biasanya merahsiakan pembubaran parlimen sehingga ke saat-saat akhir.
Amalan itu didakwa memberi kelebihan kepada Putrajaya dan merugikan pihak pembangkang.
Malaysia mesti mengadakan PRU selewat-lewatnya Ogos tahun depan, namun pemerhati berpendapat ia mungkin diadakan seawal akhir tahun ini.
Azmin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan dua wakil daripada pertubuhan bekas anggota tentera yang mencadangkan supaya kerajaan meminda peraturan sedia ada bagi menjaga kebajikan mereka.
Antara lain, wakil pertubuhan terbabit meminta supaya kadar pencen bekas tentera dinaikkan, selain skim pampasan lebih baik disediakan.
"Perkara-perkara yang dibangkitkan itu tadi sebenarnya lebih tertumpu kepada bidang kuasa kerajaan persekutuan," kata Azmin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment