PKR hari ini mendakwa pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa ini merupakan PRU paling kotor.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, ini kerana kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan proses bantahan kes siasatan awam melibatkan daftar pemilih.
Kata Nurul Izzah, dalam proses bantahan ini pengundi terpaksa menunggu sehingga enam bulan sebelum namanya dimasukkan ke dalam daftar pemilih.
"Pada saya, nampak sangat cara sistematik cubaan untuk menipu dalam pilihan raya dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.
"Kenapa? Setiap yang kita bangkitkan merupakan bantahan yang telah dibangkit pada 2011 semasa jawatankuasa pilihan raya khas berkait dengan reformasi.
"Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya yang paling kotor dan manipulasi terbesar dalam sejarah Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR Selangor di Shah Alam, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara SPR Selangor mengendalikan proses bantahan 274 kes siasatan awam di cawangan SPR di Shah Alam.
Charles berkata ini kerana proses tersebut hanya dibenarkan berlangsung seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang sedangan jumlah kes yang dikendalikan dalam jumlah yang banyak.
Terdahulu, Izzah hadir bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor yang mengemukakan memorandum bantahan kepada SPR Selangor yang tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti-parti politik yang bertanding.
Memorandum bantahan itu diterima Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri.
Mengulas lanjut berhubung bantahan daftar pemilih yang melibatkan kerusi PKR, Nurul Izzah berkata:
"Tidak dinafikan kebanyakan kerusi PKR, BERSATU dan AMANAH. Jadi, saya sedangkan meniupkan semboyan amaran bahawa PRU ke 14 pilihan raya terkotor.
"Kita akan lakukan sedaya mungkin kerana itu secara protes kita serahkan memorandum kita buat seluruh malaysia dan berterusan tetapi yang sedihnya SPR membisu dan tiada maklum balas langsung diberikan," kata Nurul Izzah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri yang ditemui enggan mengulas lanjut.
"No komen," kata Kamarul Azman.
Manakala mengulas penyerahan memorandum, Kamarul Azman mengesahkannya.
"SPR Selangor menerima memorandum bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda Pakatan Harapan Selangor," kata Kamarul Azman ringkas.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment