Write For Us

PRU14 tsunami melayu?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Tsunami Melayu yang dikatakan bakal dicetuskan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bergantung setakat mana gabungan itu dapat menterjemahkan sokongan rakyat kepada mereka.
Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, ini kerana akhirnya yang menentukan kemenangan sesebuah parti politik adalah melalui peti undi.
"Kita tak payah buat survey pun, kita tanya orang perasaan tak puas hati tentang kos sara hidup, kenaikan harga barang, itu merupakan satu perkara yang merata dalam kalangan rakyat.
"Persoalannya sama ada ini akan diterjemahkan melalui undi dan itu isunya.
"Dan kembali kepada persoalan asas adakah tsunami (Melayu) itu berlaku bergantung kepada sejauh mana Tun M (Tun Mahathir Mohamad) dan Pakatan Harapan mampu menterjemahkan perasaan tak puas hati (kaum Melayu) kepada undi.
"Sebab akhirnya yang menentukan siapa menang siapa kalah adalah di peti undi, bukan datang ceramah atau tak puas hati," katanya.
Redzuan berkata demikian ketika ditemui selepas ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Syariah 2018, Dewan Sivik Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment