Write For Us

"Puad, pi pujuk bos tu jangan takut," kata Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis menasihatkan agar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi tidak bersikap 'menolong bos' dalam usaha sepentas dengannya dalam forum Nothing To Hide 2.0 pada Ogos depan.
Kata Mahathir, sepatutnya Puad menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk sepentas dengannya bagi menjelaskan kemelut hangat yang melanda politik negara hari ini.
"Tak usahlah nak tolong dia punya bos. Pi pujuk bos tu, jangan takut. Orang tua ni bukan boleh buat apa kat dia. Dia masih muda 60 tahun, saya dah 92 tahun, cakap pun tak betul.
"Khairy pun takut. Khairy orang muda, nak suruh saya berhenti, tak boleh pi main politik. Dia orang muda boleh lawanlah dengan orang tua," kata Mahathir.
Sebelum ini, Puad menawarkan diri untuk berdebat dengan Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment