Write For Us

"Puad Zarkashi ni siapa, PM ke?" soal Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan kedudukan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan dua orang besar yang berseteru di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) supaya meletak jawatan.
"Puad dia siapa, perdana menteri ke. (Puad) bukan PM. Apa penting kenyataan dia. Kamu mesti dengar kenyataan PM, kita hanya ada satu PM je, (Datuk Seri) Najib Razak. Yang lain itu tak penting.
"Saya lebih besar daripada Puad Zakarsi," kata menteri pelancongan dan kebudayaan ketika ditemui pada majlis pembukaan Seminar Insentif China di di KLCC, malam tadi.
Semalam, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno menyarankan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad perlu mengambil jalan lebih bermaruah dengan berundur dari FGV.
"Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan shareholders (pemegang saham) terutamanya para peneroka.
"Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kemelut yang melanda FGV, Nazri menambah, beliau mahu hal itu diselesaikan dan biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan tugas mereka.
"Biar mereka selesaikan. Benda ini tidak ada untung untuk berbalah dalam surat khabar, kita ada prosedur dan biarlah proses berjalan. Kalau dah lapor SPRM, biarlah mereka siasat," katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment