Write For Us

Pulau Pinang beri ganjaran RM50,000 kepada Faiz Subri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian ganjaran sebanyak RM50,000 kepada pemain bola sepak negeri, Mohd Faiz Subri di atas kemenangannya merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 baru-baru ini.
Guan Eng juga meminta rakyat Malaysia agar menikmati detik-detik jaringan tercantik gol yang dijaringan Faiz Subri.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang disiar secara langsung di Facebooknya hari ini.
Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas.
Pemain berusia 30 tahun itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah berkenaan yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment