Write For Us

Pulau Pinang tak endah arahan Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Pulau Pinang membuat keputusan untuk tidak mengendahkan arahan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang menggesa kerajaan negeri berhenti mengutip cukai bilik hotel apabila kerajaan melaksanakan cukai pelancongan pada 1 Julai depan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan cukai pelancongan merupakan 'sesuatu yang baru' dan tidak pernah dibangkitkan ketika rang undang-undang cukai pelancongan dibahaskan pada sidang akhir Parlimen yang lalu.
Mengakui terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Lim berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga gagal memaklumkan serta berunding dengan kerajaan negeri mengenai perkara berkenaan.
"Kami tidak bersetuju dengan menteri.
"Bolehkah kami mendapat jaminan bahawa wang yang dikutip akan disalurkan semula ke negeri-negeri bagi meningkatkan industri pelancongan tempatan." soal Lim pada sidang media hari ini.
Akhbar The Sun hari ini memetik Nazri sebagai berkata, cukai bilik yang dikutip oleh negeri-negeri akan menyebabkan caj berganda kepada pelancong dan ia tidak produktif apabila kerajaan melaksanakan sistem cukai pelancongan.
Kadar di bawah cukai pelancongan yang baru bagi setiap bilik ialah RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalaman di hotel dan rumah penginapan berdaftar.
Ekoran cukai pelancongan itu, ia menyebabkan 'perang mulut' antara Nazri dan pemimpin-pemimpin lain di Sabah dan Sarawak yang merancang untuk menentang pelaksanaan cukai berkenaan dengan alasan ia akan menjadi beban bagi industri pelancongan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment