Write For Us

Pura-pura baca al-Quran padahal mencuri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Seorang lelaki sanggup berpura-pura membaca al-Quran sebelum melarikan wang tabung di Masjid Kampung Lanai, Parit Panjang, Kedah pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian jam 3.40 petang itu, suspek dalam lingkungan 30an itu tiba di masjid itu dengan motosikal masuk ke ruang solat sebelum mencuri kutipan wang derma masjid dalam tabung yang disediakan di masjid itu.

Beliau berkata, sebelum mencuri wang dalam tabung itu, suspek membuka al-Quran yang disediakan di masjid itu dan berpura-pura membacanya.

Perbuatan lelaki itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dan berdasarkan rakaman itu, tabung itu masih dalam berkeadaan baik dan berkunci sebelum mendapati ada kesan umpil pada tabung kayu itu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment