Write For Us

Putera Muhammad - Ada Kamu (Official Music Video)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
187 Views
Published
Title – ADA KAMU
Artist – PUTERA MUHAMMAD
Komposer – Awi Rafael & Faizal Tahir
Penulis Lirik – Awi Rafael
Production – Suria Records Sdn.Bhd
Untuk Mendapatkan RBT "Ada Kamu" daripada Putera Muhammad
Maxis = Dail *131*572715# dan tekan SEND/CALL
Digi = Dail *233*1333715# dan tekan SEND/CALL
Celcom = Dail *888*288793# dan tekan SEND/CALL
U-Mobile = Taip CRM 6797058 dan hantar ke 28383
Available on:
iTunes:
Spotify:
Deezer:
JOOX:
More about Putera Muhammad @
Artist Booking: 012- 7151766 (Amin) | 017-910 9789 (Wan)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Putera Muhammad atau nama sebenarnya Putera Muhammad Bin Shamshull Kamar, jejaka berusia 25 tahun yang berasal daripada Kuala Lumpur mula menceburi bidang muzik ketika berusia 18 tahun. Putera Muhammad kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam peringkat Sarjana Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam dan menjadikan aktiviti nyanyian sebagai kerjaya sambilan.

Pada tahun 2014, dia telah menyertai program realiti “Mentor Legend” dan beliau adalah anak didik kepada Mentor Ella semasa program tersebut. Namun rezeki tidak berpihak kepada Putera yang hanya berjaya di peringkat pemilihan protégé “top 2” sahaja.

Selepas program realiti itu, Putera Muhammad menumpukan perhatian dalam pelajarannya di peringkat Ijazah Komunikasi Massa sehinggalah dihubungi pihak Suria Records yang tertarik untuk menjadikan Putera Muhammad sebagai artis dibawah naungan label ini. Perbincangan demi perbincangan diadakan sehingga ke peringkat pemilihan lagu untuk dijadikan sebagai single pertama.

Single pertama Putera berjudul Ada Kamu yang mendapat sentuhan senilagu dan senikata daripada komposer hebat iaitu Awi Rafael dan Faizal Tahir ditulis dengan penuh maksud yang mendalam. Manakala dari segi susunan muzik pula Awi Rafael telah bekerjasama dengan Yasin Sulaiman. Elemen Kontemporari telah dimasukkan ke dalam lagu Ada Kamu.


Pembikinan lagu Ada Kamu ini mengambil masa lebih dari sebulan untuk disiapkan bagi memastikan ia betul-betul berkualiti dan dapat memikat hati pendengar-pendengar diluar sana. Proses rakaman berjalan dengan lancar dan mengambil masa beberapa hari untuk memastikan lagu tersebut berada ditahap yang dikehendaki.

Ada Kamu juga telah menjadi lagu tema utama bagi telemovie berjudul Ali terbitan Suhan Movies Sdn. Bhd. Telemovie ini telah ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri ke-2 2017.
Ada Kamu juga boleh didapati di dalam digital streaming seperti iTunes, Spotify, Joox, kKbox, raku, Yonder, akazoo dan Deezer. Ada Kamu juga turut boleh didengar terus menerusi laman sesawang suriarecords.com.my .

Harapan untuk lagu Ada Kamu pastinya mengharapkan ia mendapat tempat di seluruh radio di Malaysia dan juga mendapat tempat di semua hati pendengar di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia. Jangan lupa untuk mendengar dan mengundi lagu Ada Kamu di stesen-stesen radio pilihan anda.
Category
Muzik - Music
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment