Write For Us

PUTERI SARAH MENYESAL KAHWIN DENGAN SYAMSUL, MENANGIS MINTA DICERAIKAN, DIA TAK NAK HARTA SESEN PUN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
49 Views
Published
Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal berkahwin dengan Syamsul Yusof dan tegas dengan pendirian mahu bercerai dan dilepaskan.

Puteri Sarah menyifatkan tindakan berkahwin dengan Syamsul ada kesilapan paling besar dalam hidupnya namun dia bersyukur kerana mendapat ibu bapa mentua yang baik.

Dia juga mahu mengakhiri drama tidak berkesudahan dengan Syamsul ini dan mahu memulakan kehidupan baharu bersama dua anak-anaknya.

“Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak.”

"Satu perkara yang saya menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan awak tetapi saya bersyukur dapat ibu bapa mentua terbaik," katanya.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat selepas memadam perkongsian terdahulu yang menjawab kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak kisah sekiranya Syamsul enggan memberikan nafkah atau dia mahukan kemenangan.

Namun dia cuma berharap pengarah itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap dua anak mereka.

"Saya dah penat dengan semua drama ini. Kepada Mohd Syamsulkau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang, kau menanglah... aku kalah.

Ambillah semua harta-harta awak. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,ujarnya.

Puteri Sarah turut membuat satu hantaran video menjelaskan perkara tersebut dalam keadaan dirinya menangis teresak-esak.

"Saya dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik begini. Doakan saya diceriakan dengan baik. Saya tak nak harta awak. Saya ada kaki dan tangan untuk bekerja.

Sementara itu, Puteri Sarah pula dalam kenyataan balas menuntut agar setiap tuduhan yang dibuat disertakan bukti kukuh

Kemelut rumah tangga pasangan ini berlarutan selepas beberapa kali mereka turun naik mahkamah namun gagal mencapai kata sepakat untuk berpisah.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu kerana Puteri Sarah didakwa menambah beberapa terma dalam perjanjian penceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.


Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
SYAMSUL YUSUF NUSYUZ, PUTERI SARAH LIYANA FAILKAN PERCERAIAN, SYAMSUL YUSUF PUTERI SARAH BERCERAI
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment