Write For Us

Puteri Sultan Johor nikah 14 Ogos

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Anakanda Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan dan merestui perkahwinan paduka anakanda Tunku Tun Aminah dengan Dennis Muhammad Abdullah,” katanya yang mengumumkan istiadat perkahwinan berkenaan kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.
Abdul Rahim berkata Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan diadakan pada 8 Ogos ini bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.
Beliau berkata majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada 6.30 petang, 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi, di Johor Bahru bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment