Write For Us

RABU-Rakyat akan buang Umno, kata Daim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa pengundi Lembah Pantai untuk menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei ini.
"Undi BN undi bininya. Bini itu bini Najib," kata beliau.
Daim juga menggunakan ungkapan RABU yang popular di kalangan penyokong HARAPAN yang bermaksud singkatan untuk ayat Rakyat Akan Buang Umno.
"Terima kasih kepada Najib kerana pilih hari Rabu. Rakyat akan buang Umno," katanya dalam majlis ceramah kempen HARAPAN di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur malam ini.
Beliau juga mengkritik cukai GST, berkata pada era 1990an kerajaan tidak pernah mengenakan cukai sebegitu kepada orang ramai walaupun negara berdepan kemelesetan ekonomi.
Daim juga menyatakan sokongannya kepada calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment