Write For Us

Rafizi beri tip nak menang PRU14 pada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Pada hari ramai orang marahkan kerajaan kerana perlu membayar harga minyak tertinggi sejak April lalu, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini memberikan tip kepada perdana menteri untuk membantu BN memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kata Rafizi, Datuk Seri Najib Razak boleh memberikan subsidi 20 sen bagi setiap liter petrol yang dibeli untuk mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung rakyat negara ini.
Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata subsidi berkenaan boleh diberi kerajaan pada Disember tahun ini dan Januari tahun depan.
“Biar saya beri tip kepada Najib untuk menang PRU14. Bagi subsidi 20 sen seliter sepanjang Disember 2017 dan Januari 2018. (BN) akan menang PRU, tak ada masalah.
“Disember dan Januari ialah bulan paling susah buat rakyat (sebab) nak buka sekolah (untuk anak-anak), kena bayar yuran sekolah, beli kasut.
"Saya tahu sebab orang kena beratur bayar yuran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru),” katanya kepada pemberita pada sidang media di parlimen hari ini.
Rafizi yang dikenali dengan pelbagai kenyataan berkaitan angka, statistik dan ekonomi menambah, sepanjang menjadi perdana menteri, Najib mencipta sejarah tersendiri apabila petrol RON95 mencecah RM2.31 seliter manakala RON97 naik sebanyak enam sen kepada RM2.60 seliter mulai semalam.
Harga terbaru itu merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak 11 Oktober lalu dan berada pada paras tertinggi sejak penentuan secara mingguan dilaksanakan mulai 30 Mac lalu.
Harga runcit petrol dan diesel negara ini ditentukan oleh harga minyak global berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar AS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment