Write For Us

Rafizi berniat jahat rosak nama baik PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
167 Views
Published
PAS menganggap dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan parti itu dengan bekas timbalan presidennya, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada Datuk Seri Najib Razak, sebagai usaha niat jahat untuk merosakkan nama baik parti.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui tidak tahu rasional di sebalik dakwaan tersebut namun tuduhan itu adalah di antara Rafizi dan Nasha serta tiada kaitan dengan PAS.
"Kena tanya dia. Manusia ini banyak yang pelik dari yang tak pelik.
"Yang tu (dakwaan Rafizi) antara yang pelik," kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam.
Video dimuat naik di Youtube oleh KelantanTV.
- Nasha nafi dakwaan Rafizi terima duit 1MDB
Datuk Nasharudin Mat Isa menafikan menerima bayaran yang berpunca daripada 1MDB seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam akuan bersumpah baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, bekas timbalan presiden PAS itu berkata segala dakwaan Rafizi tiada kaitan dengannya serta fitnah dan berniat jahat kepada beliau dan parti itu.
- Ucapan penuh akuan bersumpah Rafizi Ramli
Rafizi mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.
Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment