Write For Us

Rafizi dakwa pembantu Rosmah langgar peraturan perkhidmatan awam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, telah melanggar peraturan yang dikenakan ke atas penjawat awam dengan terlibat politik, dakwa naib presiden PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, sebagai ketua penolong pengarah utama Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri dengan gred M48, Rizal terikat kepada Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang melarang penjawat awam mengambil bahagian dalam politik.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Rizal telah melanggar peraturan ini dengan berkempen untuk BN pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar 2016; merasmikan perhimpunan agung tahunan Pemuda Umno Kelana Jaya; dan mengeluarkan kenyataan politik.
"Saya akan berbincang dengan rakan-rakan peguam saya untuk membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai pelanggaran salah satu peraturan utama penjawat awam yang sering digunakan terhadap penjawat awam yang bersimpati dengan pembangkang," kata Rafizi dalam sidang media secara langsung di Facebook Invoke Malaysia.
Rafizi berkata beliau juga akan membawa perkara itu ke Parlimen untuk memastikan tindakan disiplin diambil terhadap Rizal, yang dia kata tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan untuk penjawat awam.
Malaysiakini telah menghubungi Rizal untuk maklum balas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment