Write For Us

Rafizi kecewa dengan Tuan Ibrahim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini melontarkan beberapa persoalan terhadap PAS susulan parti Islam itu berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung kemelut 1MDB, pada sidang meja bulat semalam.
Dalam satu kenyataan, Rafizi mempersoalkan adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat, sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah?
Soalnya, di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindah milik kepada kerajaan?
Katanya, pada masa sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan.
Rafizi turut melahirkan kekecewaan kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pendirian pimpinan PAS itu kerana akan dijadikan modal oleh Umno/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.
Sewajarnya, kata Rafizi, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan parlimen kerana selama ini beliau mengelak daripada hadir menjawab soalan-soalan anggota parlimen, terutamanya daripada pembangkang.
Rafizi juga menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno/BN yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.
- PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB
Semalam, PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan membantu syarikat bermasalah itu mengurangkan hutangnya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aset 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan melalui MOF Incorporated perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment