Write For Us

Rafizi perjelas konsep naik gaji agar penjawat awam faham, tidak keliru

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
176 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menerangkan kekeliruan orang ramai mengenai konsep kenaikan gaji, susulan sidang medianya baru-baru ini.
Rafizi berkata demikian dalam siaran langsung di Facebooknya.
Pada Rabu lalu, Rafizi mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar sistem kenaikan gaji tahunan diterbalikkan, iaitu memberi kenaikan secara peratus kepada penjawat awam gred bawah, berbanding yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan selama ini.
Kata Rafizi, cadangan tersebut perlu dilakukan supaya tidak ada kakitangan awam hidup dalam kemiskinan.
Rafizi juga menjelaskan kenaikan gaji tahunan antara pegawai tinggi kerajaan dan penjawat awam gred rendah adalah tidak seimbang.

Katanya, pegawai tinggi kerajaan mendapat kenaikan gaji yang konsisten sebanyak sembilan peratus setiap tahun, berdasarkan laporan gaji perkhidmatan awam setiap tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment