Write For Us

Ragut warga emas tepi longkang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Rakaman seorang lelaki meragut beg tangan wanita berusia 72 tahun sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh terlantar tular di media sosial semalam.
Dua suspek berusia 33 tahun dan 25 tahun ditahan kira-kira sejam selepas insiden itu yang berlaku pada pukul 1.40 tengah hari tadi sekitar Jalan Hamzah di Kota Bharu, Kelantan.
Suspek pertama meragut wanita itu manakala suspek kedua yang merupakan adiknya memandu kereta yang digunakan untuk melarikan diri.
Menerusi video itu, suspek pertama keluar daripada kereta yang diletakkan berhadapan dengan kereta mangsa dan mendekati mangsa dari belakang dan kemudian meragut beg tangannya.
Mangsa yang ketika itu ingin masuk ke keretanya jatuh dan kepalanya terhentak ke tanah. Dia tidak bergerak kira-kira hampir seminit dan kemudiannya jatuh ke dalam longkang ketika cuba untuk bangun.
Video itu mencetuskan kemarahan ramai dan malah ada yang menjalankan siasatan sendiri terhadap nombor pendaftaran kereta digunakan suspek yang jelas kelihatan.
Siasatan itu mendapati kereta Proton Persona berwarna hitam itu milik seorang lelaki berusia 59 tahun.
Polis kemudian memaklumkan kereta itu milik bapa mentua suspek pertama.
Kedua-dua suspek ditahan di rumah bapa mentua tersebut dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah iaitu dua di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.
Suspek kedua tiada rekod jenayah.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment