Write For Us

Rais beri formula untuk PH menang di Semenyih

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim mempunyai formula tersendiri untuk Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi DUN Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mac depan.
Memetik di Twitter, Rais mencadangkan agar satu tol ditutup dan kurangkan harga minyak untuk pengguna kenderaan di Malaysia.
Di samping itu, Rais juga mencadangkan agar kerajaan menunaikan janji untuk Felda, buat stok penimbal beras, tepung, minyak masak dan susu anak, bagi memastikan Semenyih menang di tangan Pakatan Harapan.
Ketua Bersatu Negeri Sembilan itu mengemukan cadangan berkenaan kepada kerajaan susulan kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Cameron Highlands kepada Barisan Nasional Sabtu lalu.
PRK Semenyih pula akan diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu.
PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
Semua kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Harapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment