Write For Us

Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Detik bermulanya serangan balingan kerusi, botol dan suar terhadap Tun Dr Mahathir Moahamad dalam program Nothing To Hide 2.o berjaya dirakam.
Video ini juga berjaya merakam provokasi balingan kerusi dari atas tingkat 1 menerusi tingkap ke arah penonton.
Program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam hari ini bertukar ganas apabila beberapa individu menimbulkan kekecohan di dewan tempat berlangsung acara itu.
Kekecohan bermula ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi dan membawa keluar bekas perdana menteri itu.
Keadaan menjadi tidak terkawal selepas penyokong bertindak balas dengan membaling objek seperti kerusi, selipar dan botol air di dalam dewan.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment