Write For Us

Rakyat derita sejak 2009, MP BN gesa Wan Azizah fikir balik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa rakyat menderita sejak 2009 ketika Datuk Seri Najib Razak menerajui negara dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), diselar seorang ahli Parlimen BN.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Wan Azizah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan meminta agar beliau menarik semula kenyataan terbabit.
"Saya mendengar Permatang Pauh menyatakan rakyat menderita sejak 2009 sejak YAB Pekan menerajui negara. Saya rasa ini kenyataan mengelirukan kerana kalau harga barang naik, tentulah ada sebab-sebab yang boleh dijelaskan oleh sebab-sebab keadaan di dunia umpamanya.
"Jadi saya ingin Permatang Pauh memikirkan balik perkara ini, kerana kenyataan rakyat menderita sejak 2009 ini kenyataan yang boleh mengelirukan. Saya harap Permatang Pauh bersedia membuat U-turn bagi kenyataan ini," katanya ketika mencelah ucapan perbahasan Wan Azizah di Dewan Rakyat hari ini.
Kemudian, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mencelah dengan memberi 3 faktor berkaitan kos sara hidup meningkat iaitu pengenalan GST, penarikan subsidi dan mata wang negara merudum.
"Saya terheret untuk berfikir sejenak apabila Bagan Serai bangkit dengan mempertahankan Pekan dengan istilah tidak membolehkan perkataan bermula pada 2009 kos sara hidu meningkat.
"Saya nak tanya Permatang Pauh, bersetujukah dengan saya, bahawa kos sara hidup meningkat kerana pertama cukai GST itu diperkenalkan oleh Pekan? Dan keduanya, subsidi ditarik oleh Pekan. Dan ketiganya, mata wang merudum kerana kegagalan pentadbiran kerajaan untuk mentadbir negara ini dengan efisien," soal Abdullah Sani.
Bagaimanapun, Wan Azizah tetap berpegang dengan kenyataannya bahawa beliau memberi reaksi sebegitu disebabkan Najib yang telah memberi rujukan sejak 2009.
"Bagan Serai baca, dengar tak. Saya kata sebab YAB (Pekan) telah mengatakan dan memberikan rujukan sejak 2009. Dia tidak mengatakan sebelum daripada itu. Ini yang menyebabkan saya memberi reaksi begini," kata Wan Azizah ringkas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment