Write For Us

Rakyat makin tak mampu nak beli rumah, kata AMANAH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyenaraikan beberapa faktor yang menjurus kepada kemerosotan pasaran perumahan Malaysia pada masa ini.
Dalam satu kenyataan, Exco sayap pemudanya, Mohd Ammar Atan berkata antara faktor tersebut ialah produk perumahan yang ditawarkan adalah di luar kemampuan majoriti rakyat Malaysia dan pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan perkembangan harga rumah dan keperluan lain.
Katanya, faktor lain pula ialah lebih banyak rumah berharga RM400,000 ke atas dibina oleh pemaju dalam majoriti rakyat bergaji di bawah RM4,000 sebulan selain pinjaman bank tidak lagi layak kerana bebanan sedia ada sudah terlalu tinggi.
Justeru, katanya, institusi perbankan bukanlah punca pasaran perumahan yang kian merudum.
Ini kerana meletakkan kesalahan hanya kepada bank adalah tidak tepat kerana piawaian pinjaman adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengatasi muflis dan mengelakkan 'sub-prime loan'.
Pada bulan September yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Datuk Seri FD Iskandar berkata, jualan hartanah di Malaysia susut 39 peratus pada separuh pertama 2016 berbanding 52 peratus setahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment