Seorang lelaki bujang berusia 41 tahun dari Selangor menjadi warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif novel koronavirus.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menurutnya, lelaki itu kembali dari negara jiran selepas berada di sana sejak 16 Jan hingga 23 Jan untuk lawatan kerja.
Pada 29 Jan, dia mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Dia kemudian diletakkan di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak itu, semalam.
Dzulkefly berkata, lelaki tersebut kini dalam keadaan stabil dan seluruh anggota keluarganya juga sedang dipantau.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment