Write For Us

"Rakyat 'sakit', kita perlukan doktor," kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Tidak ada mana-mana pihak yang boleh memaksa Pakatan Harapan (HARAPAN) mengikut cara atau rentak parti mereka.
Ini kerana tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tindakan tersebut hanyalah bersifat "kuku besi".
Azmin mengulas dipercayai merujuk kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.
Hadi, baru-baru ini 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan kerjasama politik dengan PAS perlu mengikut rentak partinya.
Ini kerana PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara ini dengan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekaligus menjadikan parti itu berbeza dengan parti-parti lain.
PAS dan PKR kini hanya bekerjasama dalam pentadbiran Selangor selepas hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) terkubur pada 2015. Gagasan itu kemudiannya diganti dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment