Write For Us

'Ramai Melayu tak senang dengan PH, peluang di Rantau 50-50'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Selepas dua kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya kecil (PRK) di Cameron Highlands dan Semenyih, PH sekali lagi akan berdepan jentera kempen Umno dan PAS, kali ini bagi merebut kerusi DUN Rantau, yang akan ditentukan pada 13 April ini.
Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu, Dr Rais Hussin berkata, PH mempunyai 50 peratus peluang untuk menang di kubu kuat Umno yang disandang oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan.
Rais berkata, pengundi Melayu yang mewakili 53 peratus pengundi Rantau, kurang senang dengan pentadbiran kerajaan PH.
"Rantau akan sangat mencabar (buat PH)...
"Ramai orang Melayu tidak senang dengan PH kerana rasa terancam. Ada 50-50 peluang (untuk PH menang kerusi ini)," katanya.
Rais berkata hubungan rasmi Umno dan PAS yang merupakan antara dua parti Melayu terbesar di negara ini, akan mencerahkan peluang Mohamad untuk menang.
Bercakap kepada pemberita selepas forum berkaitan kewangan strategik Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Rais berkata jangkaannya selari dengan kekalahan PH dalam dua PRK baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment