Write For Us

Ramai PATI daftar awal bagi program B4G

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Hari terakhir Program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Pulang Ke Negara Asal (B4G) pada Selasa 31 Disember menyaksikan kebanyakan Pejabat Jabatan Imigresen lengang, tidak seperti sebelum ini yang sesak dengan kehadiran ratusan warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, dalam satu temu bual dengan TV3, memaklumkan sehingga kelmarin, 187,309 warga asing sudah mendaftar program itu yang dimulakan sejak Ogos lalu.

Difahamkan, jumlah permohonan naik mendadak pada bulan lalu, iaitu sebanyak 75,573 permohonan didaftarkan.

Mengikut pecahan kesalahan yang dilakukan, 89,798 warga asing itu tidak mempunyai pas masuk yang sah dan 97,511 warga asing lagi tinggal lebih masa.

Tinjauan BH di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya mendapati hanya ada kira-kira 10 warga asing dari Bangladesh hadir membuat permohonan untuk program berkenaan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment