Write For Us

Ramai tak faham Akta 355 sebab media sosial, kata Tan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw mendakwa persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 dipengaruhi oleh media sosial.

Tan berkata walaupun pindaan terhadap akta ini belum dibentangkan secara terperinci oleh anggota parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun ia dibincangkan secara meluas di laman sosial hingga wujudnya pertikaian yang mengaitkannya dengan hudud.

Malah, Tan berkata ada juga ahli politik yang menggunakan isu agama dan menyemarakkannya sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat berbilang kaum.

"Kita mesti pandang ke seluruh negara apakah perasaan bukan Islam kerana kita ada latar belakang sejaak kemerdekaan kita lagi, ada ahli-ahli politik daripada parti-parti politik kerana mahu menonjolkan diri gunakan isu agama dan perkauman dengan hingga timbul hal.

"Tambah pula media sosial, sebelum kita bahaskan perkara ini disebar luas di seluruh negara, tiap ahli bukan Melayu takut dan sensitif terutama apabila ia dibentangkan oleh pihak PAS kerana di Kelantan dan Terengganu ada enakmen hudud," kata Tan.
Beliau berkata demikian sebagai panel pada Wacana Sinar Siri 41 : Pindaan Akta 355 : Antara Realiti dan Persepsi di Karangkraf, Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment