Ramkarpal Singh (PH- Bukit Gelugor) hari ini cuba untuk membuktikan bahawa suara rakaman yang dipercayai milik perdana menteri Muhyiddin Yassin yang berkata bahawa ahli parlimen Umno akan terpikat untuk bergabung dengan Bersatu sekiranya mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan GLC.
Ramkarpal pada mula cuba untuk memainkan rakaman audio tersebut dalam Dewan Rakyat, namun beliau dihentikan oleh Timbalan Speaker Azalina Othman Said.
Azalina meminta Ramkarpal untuk merujuk peraturan mesyuarat Dewan Rakyat mana yang membenarkan rakaman audio dimainkan dalam Parlimen.
Ramkarpal kemudian membalas bahawa tiada peraturan mesyuarat yang menghalangnya berbuat demikian, dan menambah bahawa ayahnya, Karpal Singh juga pernah memainkan rakaman audio sebagai sebahagian dalam perbahasannya di Parlimen.
Azalina, bagaimanapun tidak membenarkan rakaman itu dimainkan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment