Write For Us

Rampas syabu RM400,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
201 Views
Published
Dua lelaki warga Nigeria yang membawa masuk 5.08 kilogram dadah jenis syabu dari negara China ditahan polis di Taman Pusat Kepong di sini, Khamis lalu.



Dadah yang dianggarkan bernilai RM400,000 itu dibawa masuk dalam empat kotak muatan beg komputer riba yang diisytiharan sebagai peralatan rumah.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejayaan ini adalah kerjasama polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hasil perkongsian maklumat daripada Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment