Write For Us

Rangkuman aksi final Piala Malaysia 2019 antara JDT dan Kedah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status selaku ‘raja’ bola sepak tempatan apabila muncul juara Piala Malaysia selepas mudah membenam Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Tentangan sengit yang diharapkan daripada juara Piala FA, Kedah ke atas juara Liga Super, JDT jelas meleset apabila ia dikuasai sepenuhnya oleh anak buah Benjamin Mora sekali gus menghadiahkan trofi ketiga mereka musim ini selepas Piala Sumbangsih dan Liga Super.
Malah kemenangan itu juga mengulangi skrip sama dua tahun lalu apabila JDT menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak penubuhan kelab itu pada 2013.
Pada perlawanan yang disaksikan 85,420 penonton itu, Mora mempertaruhkan skuad terbaik yang diketuai ketua pasukan Hariss Harun serta penjaring terbanyak Piala Malaysia ketika ini, Safawi Rasid dengan 10 gol.
Bagaimanapun, agak mengejutkan dari kem Hijau Kuning apabila tidak menyenaraikan peledak utama dari Sepanyol, Fernando Rodriguez dan tonggak berpengalaman, Azammuddin Akil di bangku simpanan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment