Write For Us

"RASA MAHU PINDAH KE SARAWAK," - SAMO RAFAEL, PELAKON INDONESIA YANG MEMBINTANGI FILEM RAJAH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
33 Views
Published
Kisah James Brooke, Rajah Putih Sarawak adalah salah satu kisah yang epik. Brooke merupakan seorang bekas pasukan askar British ke Borneo pada tahun 1839, di mana beliau membantu Sultan Brunei mematahkan pemberontakan lanun dan mewarisi tanah Sarawak sebagai kerajaannya sendiri.

Dari situ, bermulalah era pemerintahan Rajah Putih di Sarawak yang dinastinya bertahan sehingga tiga generasi selama seratus tahun.

Apa yang menarik, kisah James Brooke ini bakal menjadi sebuah filem epik yang dihasilkan oleh produksi Hollywood. Filem yang diberi tajuk Rajah itu akan menjalani penggambaran di Sarawak.

Pelakon dari Ireland, Jonathan Rhys Meyers telah diberi kepercayaan untuk menjayakan watak Sir James Brooke. Rhys Meyers terkenal dengan peranannya dalam The Tudors and Vikings, serta filem-filem seperti Velvet Goldmine, Bend It Like Beckham, Match Point dan Mission: Impossible III.

Bront Palarae, Shahezy Sam dan Rahim Razali adalah antara pelakon Malaysia yang akan melakonkan watak utama dalam filem itu yang turut menampilkan pelakon dari Sarawak, Peter John dan Kahar Jimi.

Bront akan memainkan watak Pengiran Indera Mahkota yang merupakan saingan utama Brooke dalam perebutan kuasa, Shaheizy akan memainkan watak Subu, sahabat Melayu Brooke sementara Rahim akan melakonkan watak Sultan Brunei.

Pelakon Indonesia Atiquah Hasiholan akan melakonkan watak Fatima, wanita pujaan Brooke dan akan disertai Yusuf Mahardika dan Samo Rafael.

Menurut sebuah artikel oleh The Hollywood Reporter, filem itu juga akan dibintangi pelakon Hong Kong, Josie Ho sebagai Madame Lim, bekas kekasih Brooke dan Dominic Monaghan sebagai Kolonel Arthur Crookshank, sepupu dan rakan seperjuangan Brooke.

Filem itu dibuat dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak manakala Brooke Heritage Trust berfungsi sebagai penasihat teknikal filem.

Filem ini diarahkan oleh Michael Haussman, pengarah muzik yang memenangi pelbagai anugerah yang terkenal dengan karyanya untuk Madonna, Justin Timberlake dan Selena Gomez.

Dengan kos sekitar AS$ 15 juta (RM48 juta), penggambaran filem akan bermula pada 24 September dan dianggarkan selesai pada akhir bulan Oktober.

Terdapat beberapa percubaan untuk membuat filem White Rajah sebelum ini, termasuk dari salah seorang pelakon legenda Errol Flynn pada tahun 1936 tetapi Rajah adalah yang pertama akan dihasilkan.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment