Ratu cantik Filipina Mary Christine Balagtas ditembak mati di kepala sejurus selepas membuka pintu rumahnya untuk mengambil jambangan bunga dan coklat yang dihantar dua lelaki tidak dikenali.
Insiden mengejutkan itu dilaporkan berlaku di kediaman Mary, 23, di Bulacan, Filipina baru-baru ini.
Menurut pegawai penyiasat, sebutir peluru mengenai tepat di kepala Mary yang juga seorang pelajar itu. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal.
Mary dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika berada di dalam ambulan berkenaan.
Pegawai di Balai Polis Plaridel mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Antara aspek yang diperhatikan, kata pegawai itu, ialah lelaki yang pernah menjalin hubungan dengan Mary.
“Kami percaya serangan itu dilakukan oleh pembunuh upahan.
“Polis menemui kelongsong peluru dari pistol kaliber .45 di tempat kejadian dan percaya dua lelaki terbabit melarikan diri dengan motosikal,” katanya dilaporkan Daily Mail.
Sementara itu, saksi berkata, dia ternampak dua lelaki berlegar-legar di kawasan kejiranan itu sebelum kejadian tembakan berlaku.
Mary memenangi pertandingan ratu cantik La Bulakenya pada 2009 dan tempat kedua pada 2010.
Mary adalah penuntut di Kolej Universiti Regina Carmeli.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment