Write For Us

'Razali, jaga Muar baik-baik, jangan gelabah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim agar menjaga kawasannya dengan baik dan tidak menggelabah dengan khabar angin bahawa beliau mahu bertanding di kawasan kubu kuat Umno itu pada PRU14 akan datang.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata jika Razali fikir dirinya popular dengan ramai sokongan rakyat Muar, beliau tidak seharusnya bimbang mengenai sesiapa sahaja dari pembangkang yang ingin bertanding di situ.
Jelasnya, semua percaturan calon PRU14 akan diputuskan pucuk pimpinan parti.
"Saya tak tahu mengapa Datuk Razali menggelabah. Saya pun tak tahu berita daripada mana sumber yang dia dapat mengatakan saya berhijrah dan mungkin akan bertanding di Parlimen Muar.
"Kalau dia rasa masih popular, dan dia akan dapat sokongan yang ramai, saya fikir dia tidak perlu bimbang sama ada yang nak masuk bertanding itu saya atau sesiapa saja.
"Saya tidak mengatakan kita sudah putus nak pergi ke mana. Keputusan ini akan diputuskan pucuk pimpinan parti kita sendiri. Saya lihat dalam situasi yang terkini terbukti bukan sahaja Razali Ibrahim, ramai pemimpin Umno dah terasa terancam," kata Muhyiddin dalam video dimuat naik di Facebook.
Jelas Muhyiddin, beliau tahu sejauh mana kekuatan sokongan rakyat di kawasan Parlimen Muar.
"Saya tahu kedudukan kerusi Muar. Waktu dulu, Razali memang popular. Dalam PRU13, Datuk Razali punya majoriti merosot hanya 1,300 sahaja. Ada isu-isu di situ yang tentu tidak membantu beliau.
"Nasihat saya, Datuk Razali jaga kawasan Muar itu baik-baik. Itu pun kalau Presiden Umno bersetuju dia jadi calon," katanya.
Muhyiddin mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia bahawa Razali menyifatkan desas-desus bekas timbalan perdana menteri itu bakal bertanding di Muar diibaratkan seperti 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.
Razali menyifatkan tindakan berpindah kerusi itu tidak lebih daripada memastikan jangka hayat politik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment