Write For Us

RCI bermula, tak hirau bantahan peguam Anwar, Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara pada era 90-an memulakan pendengaran hari ini.
Ia dimulakan walaupun terdapat bantahan oleh dua pemimpin utama pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Haniff Khatri Abdulla dan R Sivarasa sebelum ini mempersoalkan sama ada keanggotaan suruhanjaya itu mengikut undang-undang dan tidak melanggar keadilan asasi.
Mereka berpendapat bahawa keanggotaannya tidak harus mirip dengan keanggotaan pasukan petugas yang mencadangkan pembentukan RCI sebelum ini.
Kedua-dua peguam itu juga memohon untuk mengambil bahagian secara aktif dalam prosiding.
Bagaimanapun, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai enam panel anggota, berkata pelantikan anggota-anggota dalam RCI itu dibuat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Justeru itu kami berpendirian bahawa kita akan teruskan (inkuiri),” kata Sidek.
Beliau membenarkan peguam-peguam itu hadir dalam prosiding tetapi menegaskan isu yang akan dibangkitkan “tertakluk kepada isu-isu yang relevan seperti dalam terma rujukan yang diputuskan sebelum ini”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment