Write For Us

REACTION DI AKAD NIKAH NEELOFA & PU RIZ, 4 TAN BUNGA, PELAMIN ALA JABAL RAHMAH, WEDDING OF THE YEAR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:
1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah - sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.
Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.
3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.
5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa.
6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.
9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab.#NEELOFA #PURIZ #WEDDING
???? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw

EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]

Thanks for watching!
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
NEELOFA NIKAH, ERNIE ZAKRI KAHWIN, SYAMEL AKAD NIKAH
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment