Write For Us

Red Granite cari pihak ketiga selia operasi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
82 Views
Published
Red Granite Pictures Inc yang diasaskan bersama oleh anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dilaporkan meminta mahkamah AS melantik pihak ketiga untuk meyelia operasi serta pengurusan syarikat penerbit filem berkenaan.
Langkah itu dikatakan perlu dibuat ketika syarikat terbabit meneruskan rundingan dengan kerajaan berhubung tindakan pihak berkuasa negara itu mahu merampas aset yang dipertikaikan.
Menurut laporan diterbitkan oleh The Hollywood Reporter pada Khamis lalu, Red Granite dan kerajaan AS bersetuju melantik pemegang amanah untuk menyelaras operasi dan pengurusan syarikat berkenaan.
Pihak ketiga itu, lapor The Hollywood Reporter, berhak memeriksa dokumen syarikat, memantau transaksi, membuka akaun bank dan berunding dengan pengurusan serta menjaga asetnya.
"Pihak terbabit tidak diberikan kuasa mengambil kemudahan pinjaman, memperoleh aset modal, menarik diri daripada kontrak, mengupah atau memecat kakitangan, atau mengakses maklumat istimewa antara peguam dan anak guam," kata portal hiburan berpangkalan di AS itu.
Jabatan Keadilan (DOJ) AS memfailkan saman sivil bagi merampas sejumlah aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) pada Julai tahun lalu.
Pihak berkuasa terbabit mendakwa ia diperoleh menggunakan dana yang diselewengkan dari syarikat 1MDB.
Bagaimanapun melalui saman sivil kali ketiga pada bulan lalu, DOJ menyemak semula nilai berkenaan menjadi AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).
Tindakan itu diambil DOJ ke atas Red Granite - yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street, Dumb and Dumber To dan Daddy's Home - bagi mendapatkan hak ke atas keuntungan, royalti dan pengedaran dimiliki syarikat terbabit.
Dana 1MDB didakwa disalurkan ke beberapa syarikat lain sebelum digunakan untuk membiayai pembikinan filem berkenaan.
The Hollywood Reporter melaporkan terdapat "perbincangan penyelesaian produktif" antara Red Granite dan kerajaan AS penyiasatan berkenaan.
Peguam Red Granite, Matthew Schwarts, dalam kenyataan bersama yang difailkan Rabu lepas, berkata: "Bukan menjadi niat AS untuk menghalang mana-mana pihak ketiga, termasuk - tetapi tidak terhad kepada institusi kewangan, studio atau pengedar, atau vendor perdagangan - daripada melakukan urusan dengan Red Granite, atau sebaliknya mengganggu operasi perniagaan biasa Red Granite.
"Kerajaan AS sebenarnya mengharapkan sebaliknya: bahawa pelantikan pihak bebas ini akan memudahkan dan menyokong operasi perniagaan Red Granite yang sedang berjalan'."
The Hollywood Reporter berkata, tindakan terbaru Red Granite itu kelihatan wajar tetapi hakim daerah, Dale Fischer, dilaporkan tidak bersetuju untuk menandatangani arahan mengenainya
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment