Kementerian Pengangkutan memberi tempoh dua minggu kepada pasukan khas yang menyiasat kes kematian remaja lelaki akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit pada soket sebuah bas ekspres di Pulau Pinang, Jumaat lalu untuk menyediakan laporan lengkap.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam Jumaat lalu, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/928472282128267

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment