Write For Us

Rizal Mansor pula tegur Sheila Majid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menemplak penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat di Twitternya baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Rizal mendakwa penyanyi itu tidak patut memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar, apatah lagi menjadi alat propaganda pembangkang.
Kata Rizal, Sheila mungkin hidup senang dan mewah selama ini kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di majlis makan malam korporat yang mana semua ini tidak mungkin dapat dinikmati jika bukan hasil kerja keras kerajaan BN.
Rizal berkata tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berusaha setiap hari membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Menurut Rizal lagi, sebagai artis, Sheila sepatutnya faham bahawa hal ekonomi bukan dalam kawalan kerajaan.
Rizal turut memberi ingatan pada Sheila, sambil memberi contoh harga tiket konsertnya Sheila Majid: The Concert KL 2017 pada Ogos lalu yang berharga sehingga RM888 itu terjual bak pisang goreng panas, jika beliau mendakwa ekonomi negara terjejas.
Semalam, Sheila membuat kenyataan melalui Twitter mengeluh berkenaan ekonomi negara, kos sara hidup tinggi, serta rakyat Malaysia yang sudah bosan dan marah kerana diperah untuk membayar hutang yang bukan berpunca daripada rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment