Write For Us

RM10.6 juta untuk tempoh sebulan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
BATALION 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) mencatat jumlah tangkapan dan rampasan terbesar bagi Ops Wawasan Kelantan dengan nilai RM10.6 juta, dalam tempoh sebulan.
Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, jumlah itu membabitkan 44 kes berkaitan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
Katanya, ia kejayaan sepanjang tempoh penugasan yang bermula 16 Disember 2019 selepas mengambil alih daripada Batalion 9 (PGA9).
Sejumlah 100 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM7 juta turut dirampas dalam tempoh itu hasil kerjasama pelbagai agensi.
Rampasan tertinggi membabitkan kes untuk siasatan polis dengan nilai RM7.1 juta, diikuti kes veterinar (RM1.4 juta) dan kes kastam (RM1.1 juta).
Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Taktikal Lubok Stol Briged Tenggara PGA, Lubok Stol di Rantau Panjang, pada Selasa, 14 Januari.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment