Write For Us

RM3.5 juta untuk beli Mercedes Benz MB, EXCO Kelantan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Dewan Pemuda PAS bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan membeli kenderaan rasmi untuk pimpinan negeri kerana ia satu keperluan selepas 10 tahun kereta sedia ada digunakan.
Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, langkah pembelian itu juga dibuat selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang menetapkan setiap 10 tahun kenderaan rasmi kerajaan negeri termasuk untuk Menteri Besar perlu ditukar baharu dan hanya kereta jenama Mercedes Benz ditetapkan untuk kegunaan rasmi.
Namun, katanya Dewan Pemuda PAS mahu kerajaan negeri menitik beratkan soal penjimatan dan tadbir urus yang baik dalam mengendalikan pembelian kenderaan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri Kelantan, baru-baru ini dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Pemuda PAS pusat pada Sabtu, 1 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment